Tuesday, May 1, 2012

Cinta dan Dusta (Bab 1)


“Tiiiit”, bunyi alarm pintu kedengaran menandakan ada pekerja masuk ke dalam ofis ku pada awal pagi ini. Biar betul? Baru pukul 8.15 pagi, siapa yang serajin ku datang awal ke pejabat? Ku menoleh ke belakang dan terpegun melihat si gadis yang kenit tetapi manis rupanya mengaturkan langkah ke mejanya. Ku bagaikan terlihat si bidadari pada awal pagi melangkah perlahan ke arah meja ku dan terduduk di atas kerusi bagaikan tidak percaya dengan kehadiran gadis baru itu di ofis ku. Ku menjadi resah, bagaikan cacing kepanasan, cuba mendapatkan focus ku kembali kepada kerja ku. Bagaikan disambar petir, ku tidak menggambarkan perasaan ku ketika itu. Siapakah gerangan gadis itu yang seumpama bidadari? Tidak pernah ku melihat kelibatnya di ofis ku selama ni.
Ku tersedar dari lamunan apabila terdengar bunyi computer ku yang baru dihidupkan. Tanpa berlengah-lengah, ku terus memulakan kerja ku pada awal pagi. Di dalam keasyikkan ku memulakan kerja harian ku, tanpa disedari, ramai pekerja lain masuk dan telah memenuhi pejabat ku yang besarnya cukup untuk pekerja seramai 300 orang. Bunyi computer dan papan kekunci menjadi semakin jelas kedengaran jika dibandingkan pada awal pagi tadi. Maka datanglah,rakan-rakan sekerja ku datang and mempelawa ku untuk bersarapan pagi bersama mereka. Aku bersetuju sambil mengambil botol air ku ke tempat pantry di pejabat ku untuk bersarapan pagi. Di pantry, aku mengambil bungkusan mee hun yang siap dibungkus oleh rakan ku, Siang Sern. Siang Sern, Tian Boon dan Jackson, tiga rakan rapat ku di pejabat yang sentiasa bersarapan bersama dengan ku di pejabat. Maklumlah, kami semua lelaki bujang tinggal di rumah sewa yang berlainan. Nasi lemak dan meehun Melayu menjadi jamahan kita setiap pagi. “Hoi, bak sambal tu, ko fikir ini roti canai jer , membanjir sambal tu kat nasi lemak hang” sergah Jackson pada Tian Boon yang amat sukakan sambal nasi lemak. Ku dan Siang Sern hanya tertawa melihat sandiwara pada pagi itu.
Bunyi pintu pantry terkuak dan ku terus menoleh ke arah pintu. Sekali lagi, si gadis yang ku lihat pada awal pagi melangkah masuk dan menuju ke arah mesin air. Bagaikan terpukau, ku tidak menjamah rezeki di depan mata, tetapi mataku bagaikan terkunci pada si gadis itu. Ketawa senda daripada Tian Boon terus menyedarkan daripada pukauan gadis itu. Ku Cuma tersenyum senyum kambing melihat mereka yang ketawa terbahak-bahak padahal, ku sendiri tidak peduli apa yang menjadi jenakanya, Cuma anak mataku tercari cari di manakah gerangan gadis itu. Siang Sern terus mengejutkan ku sambil berkata, “Hoi boss, makanlah, u ingat Silverlake ni bagi masa untuk breakfast sejam ke? Cepatlah habiskan, kalau tak boss kita cari nanti baru u tau” Ku Cuma tersengih bagaikan kerang busuk sambil menghabiskan baki sarapan ku. Namun mataku masih terkunci pada si gadis itu yang kini melangkah keluar setelah mengisi penuh botol airnya.
Selesainya sarapan pagiku, ku mencari rakan baik ku yang duduk di bahagian belakang ofis ku. Sambil melangkah ke situ, mataku mencari-cari gerangan gadis itu. Rakan baik ku, Bing Hann pun menyergah, “hoi, tak pernah Nampak batang hidung kau di sini pun, ada apa datang cari ni?” Ku Cuma menepuk bahunya dan berkata” hey kau pernah tengok si gadis ni yang genit tetapi manis?” “o, kau datang nak cari awek la ni, patutlah kat sini.. Hahaha.. Tak de lah, tak pernah ku tengok.. kenapa, kau minat kat awek tu?” tanya Bing Hann. Ku mengelengkan kepala ku lalu menjawab “ Tak lah, cuma awek itu terlampau mempersonakan.” “ Ko ni biar betul , mana awek tu?” tanya Bing Han sambil bangun mencari si gadis itu. Ku hanya tersenyum melihat telatahnya. “OK lah, aku ciao dulu” kata ku sambil mengorak langkah berlalu untuk kembali ke mejaku meneruskan kerja-kerja ku yang kini semakin menimbun kebelakangan ini. Namun, mindaku terus bermain teka-tekinya, memikirkan siapakah gerangan gadis itu, apa nama gadis itu dan pelbagai persoalan lain terus berlegar….